Wednesday, May 11, 2016

BAB 1 : KEDUDUKAN
KEDUDUKAN
1.Kedudukan ialah tempat letaknya sesuatu objek atau tempat.
2.Kedudukan terdiri daripada  dua jenis iaitu:
   a. Kedudukan relatif
   b. Kedudukan mutlak
3.Kedudukan mutlak ditentukan dengan menggunakan titik kordinat manakala kedudukan relatif dengan menggunakan titik rujukan.
4.Kedudukan berdasarkan kordinat merujuk kepada lajur dan baris.
Kordinat
1.Kordinat ialah persilangan antara lajur dengan baris yang menentukan kedudukan sesuatu tempat.
2.Garisan menegak pada peta atau pelan dikenal sebagai lajur manakala garis mendatar pula dikenal sebagai baris.
3.Baris dinomborkan dari hadapan ke belakang manakala lajur dinomborkan dari kiri ke kanan.
No lajur akan disebutkan dahulu kemudian diikuti no baris. Contohnya kedudukan khairul pada lajur 04, baris 02. Maka kedudukan khairul ialah 0402.
Kedudukan relatif
Kedudukan relatif ditentukan berdasarkan titik rujukan.
~Titik rujukan ialah tempat yang berada disekeliling kedudukan relatif yang ingin digambarkan. Contohnya kedudukan smk jelai (f) ialah disebelah kanan kelinik kesihatan gigi. Oleh itu klinik kesihatan gigi ialah titik rujukan.
 
BAB 2 : ARAH

Pengenalan
1. Arah ialah hala ke sesuatu tempat dari sesuatu tempat yang lain.
2. Arah dapat ditentukan dengan :
· memerhatikan bintang-bintang pada waktu malam
· memerhatikan matahari pada waktu siang menggunakan kompas
3. Kompas magnetik ialah sejenis alat yang mudah digunakan untuk menentukan arah dengan tepat.
4. Kompas adalah sejenis alat yang dibuat daripada logam . Jarumnya dibuat dalam magnet.
5. Jarum kompas magnetik sentiasa menunjuk ke arah utara.

6. Pada permukaan kompas, lapan arah mata angin utama ditandakan.

7. Untuk memperoleh bacaan tepat daripada kompas magnetik, kompas ini perlu dijauhi daripada sebarang besi seperti pagar besi, pencawang elektrik, kereta dan bangunan elektrik.
8. Anda dapat menentukan arah dengan   berpandukan matahari pada waktu pagi. Depakan tangan anda dengan menghalakan tangan kanan ke arah matahari, terbit iaitu timur. Dengan berbuat demikian, kiri anda ialah arah barat,hadapan arah utara dan belakang arah selatan.

       Menentukan Arah Dengan Kompas Magnetik
9.Kompas magnetik dapat menentukan   arah dengan tepat dan mudah.
10. Untuk menentukan arah, anda mesti memastikan petunjuk jarum kompas menghala ke arah utara pada permukaan kompas.
BAB 3 : SKALA DAN JARAK

SKALA
1. Skala adalah nisbah atau kadar jarak dalam peta atau pelan sebagai ganti atau mewakili jarak yang sebenarnya dipermukaan bumi.
2. Skala yang digunakan ialah skala lurus .
3. Skala lurus ialah skala yang dilukis dalam bentuk garisan.
4. terdapat contoh skala:
 JARAK

1. Jarak ialah jauhnya satu tempat  dari satu tempat yang lain.
2. Jarak dapat dikira mengikut jarak mutlak dan jarak relatif.
3. Jarak mutlak ialah jarak antara dua tempat mengikut meter atau kilometer.
4. Jarak relatif merupakan jarak yang dikira berdasarkan masa atau kos.
BAB 4 : GRAF
GRAF
1. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat, iaitu kaedah pemerhatian, temu bual, banci, soal selidik/ tinjau siasat/survey, dan rujukan perpustakaan.
2. Kaedah pemerhatian adalah kaedah pengumpulan maklumat melalui cara melihat dan mencatat perkara-perkara yang hendak dikumpulkan.
3. Kaedah temu bual adalah kaedah pengumpulan maklumat secara lisan dengan berjumpa dan bersoal jawab dengan seseorang.
4. Banci adalah kaedah pengumpulan maklumat yang berkaitan dengan sesuatu jumlah yang dihitung.
5. Kaedah pengumpulan maklumat melalui soal selidik/tinjau siasat/ survey dilakukan dengan mengedarkan borang soal selidik kepada orang ramai.
6. Untuk membina jadual, maklumat-maklumat yang direkod dihimpunkan mengikut persamaan dan kekerapannya.
7. Setelah data dan maklumat diperole, graf bolehlah dilukis.
8. Graf adalah lukisan yang menunjukkan dara atau maklumat yang disampaikan dalam bentuk kuantiti yang mudah dibanding-bandingkan.
9. Graf bar mudah terdiri daripada beberapa bar yang dilukis secara menegak atau mendatar.
10. Tinggi bar menunjukkan kuantiti sesuatu data.
11. Graf bar mudah sesuai digunakan unuk menunjukkan data tentang jumlah sesuatu ciri seperti jumlah hujan tahunan, jumlah penduduk mengikut umur, dan jumlah pengeluaran barangan.
12. Graf garisan mudah merupakan graf yang menggunakan garisan untuk menyambungkan titik-titik yang mempunyai nilai tertentu.
13. Graf garisan mudah sesuai digunakan untuk menunjukkan perubahan yang berterusan seperti perubahan suhu sepanjang tahun.
BAB 5 :PETA
 
PETA
1. Peta ialah sebuah lukisan yang menggambarkan keadaan sebenar di permukaan bumi yang dilihat dari udara.
2. Peta dibahagikan kepada beberapa jenis. Antaranya ialah:
(a) atlas;                              (b)peta lakar
(c) peta topografi                 (d)pelan.
3. Peta lakar menunjukkan objek-objek yang disebut ciri geografi.
4. Ciri geografi dibahagikan kepada dua, iaitu:
(a) ciri fizikal                       (b) ciri budaya.
5. Ciri fizikal ialah ciri semula jadi.
Contohnya:
(a) Sungai  (b) Kontur (c) Tasik (d) Rumput (e) Hutan (f)Hutan (g) Paya air masin
6. Ciri budaya ialah objek-objek buatan manusia.
Contohnya:
(a) Getah         (b) Kelapa sawit        (c) Kelapa        (d) Petempatan   (e) Jalan kereta api              (f) Masjid
7. Singkatan digunakan untuk menunjukkan lokasi sesuatu ciri, bentuk muka bumi, dan kemudahahn awam lain yang terdapat dalam
peta.
Contohnya:
Sek. = Sekolah
T.A. = Tali air
W.P. = Wakil Pos
Pdg. = Padang
B.P. = Balai Polis
Kg. Kampung
P.D. = Pejabat Daerah
Pt. = Parit
Bt. = Bukit
Bt. = Bukit
Kb. = Perkuburan
K. Kuala
Ldg. = Ladang
P.P. = Pejabat Pos
Tg. Tanjung
R.R. = Rumah Rehat
W.P. = Wakil Pos
8. Warna digunakan juga untuk menunjukkan ciri geografi di dalam peta dengan lebih tepat.
Tanah rendah = Hijau
Tanah tinggi = Oren/ Coklat
Kawasan perairan = Biru
Tumbuh-tumbuhan = Hijau
Kawasan bandar Merah jambu dan kelabu
9. Langkah-langkah melukis peta lakar adalah seperti berikut:
(a) Lukis lakaran kawasan yang hendak dikaji.
(b) Pilih simbol, singkatan, dan warna yang sesuai untuk menunjukkan ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat di kawasan tersebut.
(c) Lukiskan peta berdasarkan simbol-simbol yang dipilih.
(d) Lengkapkan peta dengan petunjuk, arah mata angin, skala, dan tajuk yang sesuai.
10. Perkara-perkara yang perlu diperhatikan semasa mentafsirkan peta ialah:
(a) Perhatikan tajuk peta.
(b) Lihat petunjuk dan fahami maksud simbol-simbol dan singkatan yang digunakan dalam peta.
(c) Perhatikan petunjuk arah mata angin untuk menentukan arah.
(d) Lihat pada skala untuk mengetahui jarak kawasan sebenar.
(e) Kenal pasti ciri-ciri fizikal dan budaya yang terdapat pada peta.

(f) Buat tafsiran dengan mengaitkan antara ciri-ciri fizikal dan budaya.
BAB 6 : BENTUK MUKA BUMI

KEDUDUKAN MALAYSIA
·Terletak di antara lintang 1 U - 7 U dan antara garis bujur 100 T - 120 T di Asia Tenggara.
·Terdiri daripada 13 buah negeri dan tiga buah wilayah persekutuan.
·Terletak di kedudukan yang strategik, iaitu di persimpangan jalan laut dan laluan udara dari barat ke timur dan ke selatan.
·Terletak di luar kawasan Lingkaran Api Pasifik menyebabkan negara kita bebas daripada bencana alam seperti gempa bumi dan letusan gunung berapi.

·Terletak di luar kawasan angin taufan.
BAB 7:POTENSI DAN HALANGAN BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

POTENSI KAWASAN TANAH TINGGI

1. Kawasan tanah tinggi mempunyai sungai yang beraliran deras yang berpotensi untuk menjana kuasa hidroelektrik seperti:

~Empangan Chenderoh, Empangan Kenering, dan Empangan     Temmenggor di Perak
~Empangan Tenom Pangi di Sabah
~Empangan Bakun di Sarawak.
2. Kawasan tanah tinggi dengan udara yang segar dan nyaman amat sesuai untuk industri pelancongan seperti di:
~Tanah Tinggi Cameron, Bukit Fraser, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Tinggi di Pahang
~Bukit Larut di Perak
~Gunung Kinabalu di Sabah.
3. Gua batu kapur dengan ciri fizikal seperti stalaktit dan stlagmi menjadi tarikan pelancong seperti di:
 ~Gua Sam Poh di Perak
 ~Batu Caves di Selangor
 ~Gua Niah dan Gua Mulu di Sarawak
 ~Gua Gomantong di Sabah
 ~Gua Musang di Kelantan.
4. Kawasan tanah tinggi yang kurang daripada 1200 meter diliputi hutan hujan tropika yang membekalkan kayu keras bernilai tinggi seperti meranti, cengal, keruing, dan merbau.
5. Gua batu kapur kaya dengan sarang burung layang-layang yang digunakan sebagai ubat tradisional seperti dari Gua Niah dan Gua Gomantong.
6. Kawasan tanah tinggi membekalkan bahan binaan seperti batu granit, batu kapur, dan batu marmar.
                   Potensi Kawasan Tanah Pamah
1.Sebagai pusat perlombongan biji timah seperti Lembah Kinta dan Kuala Langat.
2. Sebagai kawasan tumpuan penduduk serta perkembangan bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru, Kuantan, Ipoh, dan Kota Bharu.
3. Sebagai tapak perindustrian seperti di Lembah Klang dan Seberang Perai.
4. Sebagai kawasan pertanian seperti:
 ~ penanaman padi di Dataran Kedah-Perlis dan Delta Kelantan
 ~ penanaman getah dan kelapa sawit di kawasan yang beralun dan bersaliran baik
5. penanaman sayur-sayuran, buah-buahan dan penternakan ikan air tawar di kawasan lombong.
6. Kawasan bekas lombong ditebus guna untuk dijadikan kawasan pertanian (sayur-sayuran dan buah-buahan) an penternakan ikan air tawar seperti di sekitar Ipoh, Perak.
7. Memudahkan pembinaan jalan raya, jalan kereta api, dan lapangan terbang.

                   Potensi Kawasan Pinggir Laut
1. Pantai pasir yang indah menjadi tumpuan kegiatan rekreasi dan pelancongan seperti Batu Ferringhi, Pantai DEsaru, Pantai Cahaya Bulan, dan Pantai Cherating.
2. Pulau Langkawi, Pulau Redang, Pulau Perhentian, Pulau Kapas, dan Pulau Sipadan terkenal dengan pantai berpasir yang berair jernih, dan kaya dengan terumbu karang.
3. Sebagai tapak pelabuhan perikanan dan petempatan nelayan seperti Kualu Besut, Pulau Pangkor(Perak), dan Pulau Ketam.
4. Sebagai tapak pelabuhan kerana terlindung daripada tiupan angin kencang dan mempunyai air yang dalam seperti Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Klang dan Pelabuhan Pasir Gudang.
                                   Potensi Saliran
1. Sebagai tapak tamadun dan pusat perdagangan awal seperti muara Sungai Melaka dan kuala Sungai Muda.
2. Bahagian hulu sungai menjadi tapak janakuasa hidroelektrik seperti Empangan Chenderoh, Empangan Kenyir, dan Empangan Batang Ai.
3. Sebagai sempadan semula jadi seperti:
~Sungai Bernam sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Selangor
~Sungai Kerian sebagai sempadan negeri antara Perak dengan Kedah
~Sungai Endau sebagai sempadan negeri antara Pahang dengan Johor.
4. Sebagai pembekal ikan air tawar.
5. Sebagai pembekal air untuk kegunaan harian seperti Empangan Klang Gates di Lembah Klang.
6. Sebagai kaedah pengangkutan untuk menghanyutkan kayu balak seperti Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan.
Pulau Redang dan Pulau Perhentian terkenal dengan pantai dan terumbu karang yang indah.
Banjaran Titiwangsa:
·kaya dengan batu granit dan batu kapur yang penting untuk sektor pembinaan.
·mempunyai pusat peranginan - Bukit Fraser, Tanah Tinggi Cameron, dan Tanah Tinggi Genting.
·mempunyai potensi untuk penjanaan kuasa hidroelektrik.
Tanah Tinggi Cameron:
·pusat peranginan.
·kawasan penanaman teh, sayur-sayuran, dan bunga-bungaan.
·mempunyai stesen jana kuasa hidroelektrik.
Sungai Rajang dan Sungai Kinabatangan:
·penting untuk membawa penumpang dan mengangkut barangan pukal seperti kayu balak dan beras.
Gua Niah:
·petempatan awal, pusat pelancongan, pembekal sarang burung layang-layang dan tahi kelawar untuk dijadikan baja.

Kepentingan Tanah Tinggi di Switzerland 
1. Dimajukan sebagai pusat pelancongan. 
2. Ciri fizikal bergunung-ganang yang menarik serta kemuncak bersalji menjadi tarikan pelancong.
~Akitiviti meluncur salji dan bermain ski giat dijalankan pada musin sejuk.
~ Akitiviti mendaik gunung, berkhemah, dan berparahu di tasik dijalankan pada musim panas.
3. Sektor pelancongan banyak menyediakan peluang pekerjaan bagi penduduk tempatan. 
4. Kawasan tanah tinggi di Swizerland juga penting sebagai: 
~kawasan tadahan.
~ sumber kayu-kayan.
~ tapak janakuasa hidroelektrik
         Kepentingan Cerun Bukit di Pulau Jawa, Indonesia
1. Kekurangan tanah pamah menyebabkan petani di Pulau Jawa bercucuk tanam di cerun bukit. 
2. Lapisan tanih jenis lava bes di cerun bukit hasil daripada letusan gunung berapi amat subur untuk kegiatan pertanian. 
3. Cerun-cerun ditereskan untuk kegiatan penanaman padi. 
4. Cerun-cerun bukit yang ditereskan dapat mengatasi masalah hakisan tanah.
                     Kepentingan Sungai di Thailand 
1. Sungai merupakan kaedah pengangkutan utama di Thailand. 
2. Pengangkutan darat yang terhad menyebabkan penduduk bertumpu berhampiran dengan sungai. 
3. Menam Chao Phraya merupakan jalan air yang utama di Thailand. 
4. Sungai ini dapat dimudiki oleh kapal sederhana sejauh 402 km pada musim lembap dan hanya sejauh 190 km pada musim kering. 
5. Sungai ini digunakan untuk: 
~ membawa penumpang.
~ mengangkut barangan pukal.
~ menghanyutkan kayu jati ke kilang di Bangkok untuk diproses dan dieksport.
 Pentingnya Tasik untuk Kegiatan Perikanan di Tonle Sap, Kampunchea.
1.Tonle Sap penting untuk kegiatan perikanan di Kampuchea. Tasik ini membekalkan lebih daripada 50% jumlah tangkapan ikan di Kampuchea. 
2.Isipadu air di tasik ini berubah mengikut musim. 
·Pada musim hujan, air tasik membanjiri kawasan hutan dan ikan akan membiak. 
·Pada musim kering, aktiviti kering menangkap ikan dijalankan. Kawasan tasik yang kering ditanami padi.
BAB 8 : KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

KEGIATAN MANUSIA
Penebangan Hutan
Tujuan: pembalakan, pembinaan jalan raya, tapak perindustrian dan petemapatan, perlombongan, dan pertanian.
Akibatnya:
1.Hakisan tanah
2.Sungai semakin cetek dan tercemar
3.Kemusnahan flora dan fauna

4.Kemusnahan kawasan tadahan air dan sumber air
5.Suhu persekitaran meningkat
6.Angin bertiup dengan laju tanpa halangan
Pembinaan jalan raya
Akibatnya:
1.Hakisan tanah
2.Gelongsoran tanah
3.Tanah runtuh
Pertanian moden
Akibatnya:
1.Bahan toksik daripada baja kimia, racun serangga, racun kulat, dan racun herba mencemarkan sungai.
2.Keasiden tanih meningkat.
3.Kesuburan tanih merosot.
4.Pencemaran udara
5.Hakisan tanah dan kemusnahan hutan akibat daripada pertanian pindah.
Kesan Kegiatan Manusia:
1.Hakisan tanah
2.Pencemaran sungai
3.Banjir
4.Pencemaran udara
5.Keasiden tanah meningkat
6.Gelongsoran tanah
7.Tanah runtuh
8.Hakisan angin
9.Suhu setempat meningkat
10.Kepupusan flora dan fauna
11.Kehilangan habitat hidupan liar
Langkah-langkah pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar 
Pertanian:
·Menggunakan baja organik.
·Menggunakan kaedah biologi.
·Menggalakkan petani pindah menjalankan pertanian tetap.
·Kurangkan mengguna racun.
·Tanam rumput.
Pembinaan jalan raya:
·Melandaikan cerun.
·Membina tarahan.
Pembalakan:
·Menanam semula hutan.
·Menanam pokok yang bermutu dan cepat tumbuh.
BAB 9 : PERGERAKAN BUMI DI DALAM SISTEM
* Terdiri daripada matahari & 9 buah planet
Cara Bumi bergerak > Berputar pada paksinya beredar kelilingi matahari.
PUTARAN BUMI
~Cara Pergerakan Tempoh @ Masa Kesan Putaran Bumi
~Cara Pergerakan Bergerak dari barat ke timur dari paksinya
~Paksi bumi ialah garisan bayangan yang menganjur dari Kutub Utara ke Kutub ~Selatan secara condong pada sudut 66 ½° dari satah orbit.
~Tempoh @ Masa 24 Jam @ 1 Hari
Kesan Putaran
Bumi Matahari terbit di sebelah timur dan terbenam di sebelah barat
~ Siang & Malam Air pasang & air surut
~ Pembiasan angin dan arus lautan pada setiap hari
PEREDARAN BUMI
~Mengelilingi matahari mengikut orbitnya
~Cara Pergerakan
~Bergerak secara lawan jam
~Paksi Bumi Orbit Bumi
~Tempoh @ Masa 365 ¼ hari @ satu tahun
Kesan Peredaran Bumi                                                                                             .Kejadian Empat Musim Siang dan malam tidak sama panjang
·Kedudukan matahari pada waktu tengah hari berbeza mengikut tempat.
  Garisan Artik 66½°U
  Garisan Jadi 23½°S
  Garisan Khatulistiwa 0°U
  Garisan Antartik 66½°
  Garisan Sartan 23½°U 90°U 90°S

~Kawasan yang berhampiran dengan Garisan Khatulistiwa alami 12 jam siang dan 12 jam malam
~Garisan Artik, Garisan Sartan, Garisan Jadi dan Garisan Antartik alami siang dan malam yang tidak sama panjang
~Kejadian musim di Hemisfera Utara dan Hemisfera Selatan adalah berbeza
~Garisan Khatulistiwa bahagikan Bumi kepada 2 hemisfera iaitu Hemisfera Utara & Hemisfera Selatan
Kecondongan paksi bumi menyebabkan pancaran matahari berada tegak ke bumi berubah-ubah mengikut masa
~Ketinggian matahari tengah hari berbeza antara satu tempat dengan tempat lain dalam setahun
~Sebab itulah berlakunya kejadian empat musim
- Solstis Musim Panas (Jun – Ogos) Pada 21 Jun, matahari tengah hari berada tepat di Garisan Sartan (23½°U) Hemisfera Utara mengalami musim panas Hemisfera Selatan mengalami musim sejuk Kawasaan di Hemisfera Utara mengalami waktu siang yang lebih panjang
- Koleksi Musim Sejuk
- Ekuinoks Musim Luruh (Sept – Nov) Pada 23 September, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim luruh Hemisfera Selatan mengalami musim bunga Siang dan malam yang sama panjang
- Koleksi Musim Luruh
-  Ekuinoks Musim Bunga (Mac - Mei) Pada 21 Mac, matahari tengah hari tepat di Garisan Khatulistiwa (0°) Hemisfera Utara mengalami musim bunga Hemisfera Selatan mengalami musim luruh Siang dan malam yang sama panjang
- Solstis Musim Sejuk (Dis – Feb) Pada 22 Disember, matahari tengah hari tepat di Garisan Jadi (23½°S) Hemisfera Utara mengalami musim sejuk/ dingin Hemisfera Selatan mengalami musim panas Kutub Utara alami malam 24 jam
BAB 10 :PENGARUH CUACA DAN IKLIM TERHADAP KEGIATAN MANUSIA
Pengaruh cuaca dan iklim terhadap cara hidup

Penduduk di kawasan iklim yang berlainan mengamalkan cara hidup yang berbeza. Ini menunjukkan cuaca dan iklim mempengaruhi cara hidup manusia.
Kawasan-kawasan yang dimaksudkan ialah :

(a) Gurun Thar-zon panas
(b) siberia -zon sederhana sejuk
(c)Greenland-zon sejuk
*kawasan-kawasan diatas mempunyai cara hidup yang berlainan.
CARA HIDUP DI GURUN THAR
~dikenali sebagai gurun besar India yang terletak di Barat Laut India.
~menganjur dari Punjab di utara India ke bahagian Tenggara Pakistan yang dikenali sebagai Cholistan
~meliputi satu kawasan seluas 44600 km yang terletak di zon panas dunia
~menerima hujan kurang daripada 250mm
~mengalami minimum suhu 8 selsius - 28 celsius semasa musim sejuk
~min suhu mencecah sehingga 45 selsius pada musim panas (mei/jun)
~hidup berpindah-randah barsama ternakan untuk mencari air minuman
~tinggal di dalam khemah untuk menyesuaikan diri dengan cara hidup mereka
~membina kundis /kunds untuk menakung air
CARA HIDUP DI SIBERIA
~meliputi lebis setenagh daripada keluasan Rusia dan terletak antara garisan lintang 45 u dan 60 u
~terdiri daripada kawasan tanah pamah dan tanah tinggi
~terdapat hutan taiga yang luas
~terletak di dalam kawasan iklim sejuk sederhana kebenuaan/ kawasan iklim jenis Siberia
~mengalami musim sejuk yang panjang
~suhu turun sehingga -11 celsius pada musim sejuk
~musim panas terlalu singkat dengan suhu maksimum 19 selsius
~hujan tahunan di Siberia adalah 533mm
~puak evenks menjalankan aktiviti yang berbeza mengikut persekitaran tempat tinggal mereka
~puak evenks tinggal di bahagian selatan manejalankan aktiviti ekonomi seperti menternak lembu.
~penduduk di bahagian utara Siberiadan di kawasan pergunungan hutan taiga masih mengamalkan cara hidup nomad (berpindah 2 kali setahun)
~memburu & menternak rusa kutub
~tinggal dalam khemahyang dikenali sebagai ' chum' tanpa kemudahan lengkap

CARA HIDUP DI GREENLAND
~Greenland merupakan pulau terbesar di dunia
~meliputi kawasan seluas 840 000 km persegi
~iklim di greenland ialah iklim Tundra
~suhu musim sejuknya panjang & sejuk (-12 selsius)
~Musim panas sangat pendek (5 selsius-bulan julai)
~min suhu pada bulan mac dan februari ialah -30 darjah celcius
~penduduk eskim0 atau puak inuit hidup berpindah randah mengikut musim
~mereka tinggal di kawasan pinggir laut dan dalam igloo pada musim sejuk
~pada musim panas mereka tinggal di kawasan pedalaman dan dalam tupik(khemah yang dibuat daripada kulit binatang)
~pekerjaan orang eskimo berubah mengikut musim
~pada musim sejuk mereka menburu binatang, pada musim panas penduduk eskimo menggunakan kayak atau umiak sebagai pengangkutan di tasik dan sungai
~kegiatan ekonomi semasa musim panas ialah menangkap ikan
~cara hidup org eskimo telah berubah & semakin moden. mereka menggunakan senapang dan bot beringen untuk memburu binatang dan menangkap ikan
~pertenakan juga dijalankan secara komersil
~orang eskimo juga mempunyai petempatan kekal yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan
~bahagian selatan pula merupakan kawasan yang paling subur di greenland
musim sejuknaya sederhana dan musim panas lebih panjang dengan purata suhu 10 darjah celcius
~kegiatan pertanian dijalankan secara giat pada musim panas
1.Khemah orang eskimo pada musim panas
2. Pemandangan di Gurun Thar
3. Rusa Kutub Siberia
4. Peta Gurun Thar
5. Peta Greenland
6. Peta Siberia
BAB 11 : PENGARUH MANUSIA TERHADAP CUACA DAN IKLIM

1.Manusia menjalankan perlbagai kegiatan untuk mencapai kemajuan                                                                                                                                                 2.Contohnya, hutan ditebang dan dibakar untuk membuka kawasan pertanian, petempatan, dan perindustrian.                                                                                     3.Kegiatan manusia ini telah membawa kesan buruk terhadap alam sekitar serta dapat mempengaruhi cuaca dan iklim sesuatu kawasan.                                     4.Antara beberapa kesan buruk terhadap cuaca dan iklim itu termasuklah kesan rumah hijau, peningkatan suhu, pulau haba, jerebu, penipisan lapisan ozon, hujan asid, dan kemarau.
PEMANASAN BUMI SEBAGAI KESAN RUMAH HIJAU
1.Kesan rumah hijau adalah proses semula jadi bumi menyimbangkan suhu di atmosfera.
2.Di sekeliling bumi terdapat lapisan atmosfera.
3.Cahaya matahari yang menembusi lapisan atmosfera akan memanaskan permukaan bumi.
4.Sesetengah daripada haba ini akan terus dipancarkan kembali oleh bumi ke angkasa.
5.Di lapisan atmosfera ini terdapat beberapa jenis gas seperti karbon dioksida(CO2), klorofluorokarbon(CFC), metana(CH4) dan nitrus oksida(N2O). Gas-gas ini dikenal sebagai gas rumah hijau.
6.Gas-gas ini akan menyerap sebahagian haba yang dipancarkan oleh bumi.
7.Proses pemanasan dan pantulan serta penyerapan haba dan pelepasan bahang bumi ke angkasa lepas menyeimbangkan suhu di atmosfera.
8.Kesan ini dikenal sebagai kesan rumah hijau.
9.Kesan rumah hijau adalah penting kerana sekiranya tiada kesan rumah hijau ini, min suhu bumi akan jatuh sebanyak 18C.
10.Pelbagai kegiatan yang dilakukan manusia telah menyebabkan gas-gas rumah hijau di atmosfera bertambah dengan banyaknya.
11.Keadaan ini mengkatkan suhu di atmosfera bumi kerana gas-gas ini memerangkap lebihan haba dari bumi.
12.Karbon dioksida merupakan gas rumah hijau yang paling banyak dikeluarkan.
13.Dalam beberapa abad kebelakangan ini dianggarkan kandungaan karbon dioksida dalam atmosfera telah meningkat kira-kira 30%.
14.Kegiatan utama yang menyebabkan peningkatan karbon dioksida ialah pembakaran bahan api.
15.Penebangan dan pembakaran hutan turut menambahakan kandungan karbon dioksida dalam atmosfera dan menyebabkan keadaan di bumi menjadi semakin panas.
16.Penebangan hutan menyebabkan peratus bahang matahari yang dapat sampai ke bumi bertambah.
17.Faktor-faktor lain yang meningkatkan gas-gas rumah hijau di atmosfera ialah pelepasan gas metana akibat reputan bahan organik daripada aktiviti pertanian, penternakan, dan pelupusan sampah.
18.Pembakaran petroleum oleh kenderaan telah melepaskan karbon dioksida dan nitrus oksida ke udara.
19.Gas CFC dilepaskan melalui penggunaan gas penyejuk dalam peti sejuk, pembakaran polisterina, dan penggunaan bahan aerosol.
20.Kandungan karbon dioksida juga meningkat akibat pembakaran sampah sarap secara terbuka.
PULAU HABA
1.Pembangunan yang semakin pesat di bandar menyebabkan banyak kawasan hutannya yang ditebang untuk tujuan pembinaan.
2.Bangunan konkrit yang dibina rapat-rapat, serta jalan-jalan diturap dapat menyerap dan memerangkap haba.
3.Pergerakan udara dan angin adalah terhad kerana dihalang oleh bangunan tinggi. Udara panas kekal dan meningkatkan suhu pada waktu malam akibat daripada pelepasan haba.
4.Kurang litupan tumbuh-tumbuhan di bandar menyebabkan kurang transpirasi berlaki, lalu meningkatkan suhu udara.
5.Kilang dan kenderaan bermotor mengeluarkan bahan pencemar seperti debu, habuk, dan gas yang menyerap bahang matahari dan memantulkan bahangan bumi.
6.Keadaan ini mengehadkan proses bahangan bumi ke atmosfera dan menyebabkan suhu meningkat.
7.Haba juga dibebaskan daripada kenderaan bermotor, kilang dan pembakaran sampah.
8.Keadaan ini juga menyebabkan suhu udara di bandar lebih panas jika dibandingkan dengan suhu di kawasan pinggir bandar yang banyak diliputi tumbuh-tumbhuan.
9.Berdasarkan kajian yag dibuat, perbezeaan suhu di pusat bandar dengan suhu di pinggir bandar dapat mencecah 4C.
   JEREBU
1.Jerebu berlaku kerana pertambahan habuk, asap, dan debu yang mencemari udara.
2.Habuk halus ini menyerakkan cahaya matahari lalu menyebabkan jarak penglihatan menjadi terhad.
3.Jerebu terjadi di kawasan industri perkilangan dan berpenduduk padat.
4.Jerebu terbentuk daripada asap kotor kilang, kenderaan bermotor, pembakaran terbuka, dan pembakaran bahan api.
5.Asap, habuk, serta bahan-bahan pencemar dari kilang dan pembakaran terbuka akan terapung-apung di udara lalu menjadi jerebu.
6.Habuk halus juga bertambah akibat daripada pembinaan dan runtuhan bangunan yang berterusan.
7.Pada tahun 1990, 1994, dan 1997, Malaysia mengalami keadaan berjerebu yang teruk.
8.Keadaan berjerebu ini berpunca daripada kebakaran hutan di negara jiran.
9.Asap daripada kebakaran hutan ini menghasilkan gas dan habuk halus yang terapung-apung atau terampai di atmosfera.
10.Jerebu biasanya berlaku sekiranya hujan tidak turun dalam temph yang lama dan tiada angin bertiup.
11.Jerebu dapat juga memudaratkan kesihatan manusia. Contohnya, ialah sakit mata (konjuntivitis), radang paru-paru(bronchitis), masalah pernafasan dan asma.
12.Keadaan jerebu juga mengganggu perjalanan di jalan raya, kapal terbang mendarat dan berlepas. 
13.Suhu udara di bandar pada waktu malam menjadi lebih panas.
14.Kandungan asid dalam hujan juga bertambah.
15.Kadar fotosintesis berkurangan akibat daripada jerebu yang berpanjangan.
PENIPISAN LAPISAN OZON
1.Lapisan ozon adalah suatu lapisan gas yang terbentuk di sekeliling bumi.
2.Lapisan ini terbentuk di atmosfera kira-kira 20 hingga 26km dari permukaan bumi.
3.Lapisan ini bertindak sebagai penapis sinar ultraungu cahaya matahari sebelum sampai ke bumi.
4.Sinar ultraungu yang berlebihan dapat memudaratkan kehidupan di bumi.
5.Lapisan ozon akan terhakis oleh beberapa sebab :
~Penggunaan baja kimia berterusan menambahkan kandungan gas metana.
~CFC dilepaskan melalui bahan semburan aerosol (dalam penyembur racun serangga) dan gas penyejuk (dalam peti sejuk dan alat pendingin udara).
~Kapal terbang sepersonik yang membebaskan nitrogen oksida.
~Letupan bom nuklear dan ujian senjata nuklear yang mengeluarkan gas hidrogen dan nitrogen oksida.
6. Ahli sains telah mengesan satu lohong ozon di kawasan Antartika.
7. Keadaan ini membawa kesan-kesan seperti :
~sinaran ultraungu yang sampai ke permukaan bumi bertambah.
~menyebabkan penyakit barah (kanser) kulit, sakit mata, katarak mata, dan melemahkan sistem pelalian badan.
~mengurangkan proses fotosintesis.
~memusnahkan sel and mikroorganisma dalam binatang dan tumbuhan , 
hasil tanaman berkurangan.
~berlaku perubahan iklim dunia; suhu meningkat, ais dari glasier mencari, banjir berlaku, kawasan rendah ditenggelami air.
HUJAN ASID 
Hujan asid secara semulajadi adalah berasid. Ini disebabkan air hujan yang turun akan bergabung dengan karbon dioksida dan gas-gas berasid yang terdapat di atmosfera. Bagaimanapun, disebabkan pada masa kini, penggunaan tenaga elektrik dan kereta telah menyebabkan bahan api fossil di bakar dalam jumlah yang banyak. Pembakaran bahan api fossil seperti minyak dan arang batu oleh logi tenaga dan dari ekzos kenderaan membebaskan berjuta-juta ton sulfur dioksida dan nitrogen oksida ke udara. Bahan pencemar ini disebarkan oleh angin dan akan bergabung dengan titisan air yang turun sebagai air hujan lalu membentuk asid sulfurik dan asid nitrik.
Keasidan cecair ialah ukuran kepekatan ion hidrogen. Biasanya keasidan cecair dinyatakan dalam sebutan pH yang mempunyai skala 0 hingga 14: pH kurang daripada 7 adalah berasid, pH 7 adalah neutral dan pH yang melebihi 7 adalah alkali. Contoh air hujan yang bersih yang diambil daripada lokasi bersih seperti di pulau terpencil didapati bernilai antara 5.6 dan 6.0. Secara amnya, air hujan dengan pH kurang dari 5.6 dianggap berasid.
Hujan asid yang turun ke bumi akan terkumpul menjadi pemendapan berasid. Ini berlaku apabila asid terkumpul dan menjadi semakin pekat. Asid yang terlalu pekat boleh menyebabkan tumbuh-tumbuhan dan hidupan di dalam tasik mati, bangunan dan batu menjadi lemah dan rapuh, warna bangunan, kereta dan lain-lain menjadi pudar, mudah rosak, dan cepat berkarat. Selain itu, hujan asid juga merosakkan kesihatan manusia terutama mereka yang masih muda, golongan tua, dan mereka yang berpenyakit seperti mengidap asma.
BAB 12 : JENIS DAN TABURAN TUMBUH-TUMBUHAN SEMULA JADI DAN HIDUPAN LIAR
Hutan dapat dibahagikan kepada 4 jenis, iaitu hutan hujan tropika, hutan paya, hutan pantai dan hutan gunung.
 Hutan hujan tropika
~meliputi kira-kira 70 peratus daripada jumlah kawasan hutan di negara kita
~terpenting dan terluas di Malaysia
~ketinggian kurang daripada 1000 meter 
~meliputi kaki bukit atau cerun bukit di bahagian tengah Semenanjung Malaysia dan bahagian pedalaman Sabah dan Sarawak
~malar hijau
~meliputi enam peratus daripada keluasan permukaan bumi
~dua pertiga daripada jumlah spesies tumbuh-tumbuhan di bumi
~mempunyai jenis kayu keras bernilai dan bermutu tinggi seperti meranti, cengal, keruing, merbau, balau dan seraya
~pembentukan empat lapisan
  Lapisan renjung atau lapisan emergen
~terdiri daripada pokok-pokok sangat tinggi, iaitu melebihi 40 meter
~Binatang seperti burung kakatua, kelawar, dan layang-layang terdapat di lapisan ini
~Pokok-pokok dapat tumbuh tinggi kerana mendapat sinaran matahari yang mencukupi
~mempunyai akar banir yang berfungsi memberi sokongan dan menahan daripada tumbang
           Akar banir

          Lapisan kanopi
~mempunyai ketinggian antara 20 hingga 40 meter
~pokok-pokok tumbuh dengan rapat dan membentuk kanopi yang tebal yang menghalang cahaya matahari sampai ke lantai hutan
~binatang yang terdapat di lapisan ini mempunyai tupai, kera dan tokek
          Lapisan tengah
~terdiri daripada pokok yang sederhana padat yang tumbuh 10 hingga 20 meter
~Contoh binatang ialah orang utan dan katak pokok
~tumbuh-tumbuhan yang terdapat di lapisan ini ialah liana, epifit, dan parasit
~tumbuhan liana seperti rotan yang tumbuhi di lapisan tengah 
~tumbuh-tumbuhan ini bergantung kepada  pokok besar untuk sokongan dan mendapat cahaya matahari
~tumbuh-tumbuhan epifit tumbuh di batang, ranting atau di daun pokok yang hidup
        Paku tanduk rusa
         
          Lantai hutan
terdiri daripada pokok-pokok kurang 10 meter tinggi
binatang yang terdapat di lapisan ini ialah tapir, harimau, tupai pinang dan tenggiling
tumbuhan-tumbuhan seperti cendawan, bunga rafflesia, pokok renek, semak samun dan pokok herba
Tapir
tumbuh-tumbuhan di lantai hutan jarang kerana kurang mendapat cahaya matahari
© Teknik Gemilang Engineering 2012 . All Copyright Reserved